Wednesday 18 February 2015

KASIHAN :-(

Tertagak-tagak aku nak menulis ni sebenarnya...tapi tula..if tak menulis, aku jadi macam orang gila..puas memikir perkara yang dah takder kena mengena ngan hidup aku.  So aku decide untuk write down benda ni supaya aku boleh release dan focus pada benda lain especially kat bab tidur aku.

Quite frust bila ada cuti panjang yang tak melibatkan 'aktiviti HRMIS", plan aku tak menjadi. Yer..Aku tak jadi balik Kedah seperti mana yang aku rancang 2-3 bulan lepas.  Naik lunyai kalendar 2015 aku sebab belek memanjang dan berkira2 hari.  Tiket pun dah beli awal..sebab takut abes due to the long holiday...sudahnyerrrr....HAMPA..terbongkang jer aku kat umah sepanjang cuti 4 hari tu and of course..moral of the story, in any occassion pun x yahla aku nk excited berlebih2 pas ni..wat lek wat peace jer!!! hahahahahahha.

Ok..balik pada citer napernyer aku tak keruan sepanjang minggu lepas.  Sajer aku nak maklumkan sekarang ni aku jarang dapat balik ke rumah Bandar Baru Salak Tinggi. Since aku bz giler vavi ni..aku dapat rasakan yang rumah aku tu terlalu jauh sangat untuk aku ulang-alik.  Last time aku balik pun dalam 2 weeks ago...kebetulan pulak my dearest uncle at my daddy's side meninggal dunia due to komplikasi buah pinggang.  Dapatla aku ziarah arwah dan bersih2kan rumah aku yang bersawang tu...but last week aku balik..post box aku bertimbun ngan surat.  Apart of my letters and my ex's..ada gak la surat2 sesat yang aku rasakan sajer jer posmen ni nak pedajal..bukan sengaja aku nak nuduh posmen2 ni...tapi kalau dah kerap sangat surat sesat dengan nama dan alamat rumah yang sama, ko rasa camner...itu jerla yg mmpu aku accuse pun...

Dalam banyak2 surat..ada satu surat yang sangat menarik perhatian aku sebab tertera 'consultancy' kat satu envelope putih. Dalam hati aku x nampak orang lain dah...for sure untuk aku..kot la sebab bil-bil kad kredit aku ade gak yang tertunggak (padah aku bayar x ikut time!)..tapi alhamdulillah..bukan untuk aku..tapi untuk Previous Dia. Baca la aku pun baris demi baris..suddenly terpempam..terduduk..tak semena2 air mata aku jatuh.  Surat tu menyatakan Previous Dia dah diisytihar MUFLIS pada 14 Januari 2015 dan penyampaian pengisytiharan telah disampaikan di paper Berita Harian since tak ada respond dari pihak defendan....

NAHHHHH....aku tak tau apa yang aku rasa masa tu...nak senyum puas dan 'mempadan'kan muka dia?? suppose kalau hati aku busuk...memang patut aku gelak berdekah2..biar jiran2 aku yang selalu pasang telinga time aku bergaduh dulu dengar...biar jiran2 aku tahu kemenangan berpihak pada aku...biar jiran2 aku tahu jugak yang Previous Dia kini dah terima balasan hidup yang setimpal...

TAPI BUKAN ITU...

Bukan itu perasaan aku...aku akui aku nanges...nanges mengenangkan nasib insan yang pernah aku sayang (infact sampai hari ni perasaan tu masih wujud...). Antara sebabnya..aku pernah merasa susah dan kepayahan bersama semasa hubungan masih halal...bagaimana caranya kami dan bertatih semula mengharungi rintangan kehidupan meskipun at the end..aku juga yang kembali 'sakit' dengan perbuatan Previous Dia (once dia jadi senang & kaya!!!)...Aku jugak nanges mengenangkan nasib dan masa depan anak2 yang kini masih lagi bergantung kepada kami berdua...Tapi yer la..aku memang tak boleh nak terus terbuai dengan masa lalu.  Surat tu..sedikit sebanyak beri iktibar untuk aku kerja lebih keras lagi dan yang paling penting..mengingatkan aku untuk sentiasa berbuat baik sesama manusia.

Previous Dia perlu tahu apa yang kini bakal dilalui...kesusahan yang semakin berganda and I wish him a very good luck in his life... :'-(

*perlu diingatkan...ive been marrying this man for almost 14 years..of course memori silam itu masih lagi PENUH dalam kepala *

xoxo