Tuesday 26 April 2016

BEING UNHEALTHY

Kurus?

Agaknya la...


Aku lost weight drastically within a month ni. Plan asal nak diet..reducing all the carbos and unhealthy snacks termasukla fast food. Tapi lama-lama aku perasan..susut tu melampau-lampau especially terserlah kat muka.  Officemates aku dari tingkat bawah sampai tingkat atas semua terkejut if diorang terserempak and masing-masing akan keluarkan statment yang sama "WEIIIII..WHAT HAPPENED TO YOUUUUUU???", "OMG..CENGKUNG MUKA KO WEIIIIIII"


Yeah..tu few responds yang aku dapat especially bila aku jumpa puak-puak ni kat lif >_<


Entah. Maybe banyak perkara yang aku fikirkan sejak dua menjak ni. Perkara-perkara yang makan dalam. Perkara-perkara yang unsure. Perkara-perkara yang terlalu banyak jawapan dan alasan dari persoalan. Perkara-perkara yang maybe langsung tak ada jawapan and bermacam lagi.  If berdasarkan pengalaman aku before this..yes, my unhealthy weight loss ada kena-mengena dengan benda-benda tu semua.


Masalah pada aku is bila aku terlalu memikir, terlalu mencari jawapan, hanging untuk menunggu penyudah, selera aku akan mati serta-merta. Time tu memang aku sengaja cari penyakit which tak makan langsung! Deria rasa..deria bau aku seolah tak berfungsi walaupun terbentang atas meja segala jenis makanan faveret.  Ini yang aku alami sedari usia menginjak remaja..12 tahun ++ if i am not mistaken.  Dalam seumur hidup aku sekarang..beberapa kali aku jadi macam ni dan semuanya adalah signifikan kepada problem yang aku hadap. Baik hal parents, hal kewangan and hal rumahtangga. And now..i am facing it again. Dijadikan cerita, minggu malang yang aku khabarkan sebelum ni was the peak of my weight loss. That time aku tak mampu tengok makanan or telan sedikit pun (unless dipaksa kaw-kaw by my dear housemate) and to add more 'drama' value..I have been crying like hell for the whole week!! 


Aku pernah jammed atas katil for 3 hari 3 malam dengan berkeadaan sedemikian rupa. No food but only tears and that was in a year 2009. Puas juga dipujuk family members dan aku pun tak ingat macam mana aku boleh telan balik makanan and gain weight semula. 


And for this time..aku kena pujuk diri aku sendiri. Tiada orang lain yang mampu. Payah sebenarnya aku nak lawan dan harung sorang-sorang apatah lagi aku cepat trauma. Jenis trauma aku pula ambil masa nak hilangkan parut walaupun perlahan-lahan perkara-perkara teruk yang aku fikir all these while sudah pun on track semula. Itupun selepas aku ambil pendekatan untuk selesaikan segalanya sesegera mungkin. Tak kisahlah if resultnya pahit, masam, kelat or tawar sekalipun, at least ianya tak hanging dalam kepala aku 24/7. And if aku tak pujuk diri sendiri untuk back to normal life, my life will be ruined and melukakan perasaan orang-orang yang aku sayang especially Daddy and Triple H.

So as for today, aku harap sangat orang disekeliling aku faham kenapa adakalanya aku terlalu mendesak untuk menyelesaikan perkara tergantung secepat mungkin. Sekiranya boleh..biarlah selesai sebelum malam menjelang ataupun sebelum kita semua lena diulit mimpi. 
Ya..semua perkara yang merantai terutama sekali perkara-perkara yang melibatkan hati dan perasaan.  Sebab efeknya begitu berat pada aku dan biarlah the next morning will be a good kickstart untuk kita semua memulakan hari-hari yang seterusnya. 


"Apa yang kau lihat sekarang, 
itulah apa yang aku tanggung."

xoxo