Saturday 29 July 2023

KAMPUNG PARIT, KUALA PILAH

 23 Julai 2023

Dah berminggu Mama remindkan kami adik-beradik perihal kenduri kesyukuran PakDeq yang baru balik menunaikan haji CUM kenduri tahlil arwah Nenek kat Kuala Pilah.  Seboleh-boleh Mama nak kami semua ni attend since everyone will be coming back berkumpul pakcik makcik, supupu sepapat instead of makan sedap-sedap. Ndak-ndak aku ni, yang  working schedule tengah menggila dengan program back to back..and atas sebab tu lah Mama keep pm tepi aku - Along, please make time and don't forget!

So..ya aku balik jugak.
Bukan sebab Mama paksa tapi sebab aku memang rindu serba serbi. 

Rindu dengan bayangan arwah Nenek yang selalu tunggu anak cucu balik kampung.  Port favourite arwah..of course la kat tangga batu cat merah depan rumah or buai nyot nyet (bunyi buai tu nyonyetnyotnyet bila berayun depan belakang).

Rindu kat kandang kambing..lepas AyahMok meninggal, Mak Pilah convert kandang tu buat tempat makan2 and port lepak untuk semua orang especially time raya.  Tapi bila aku balik hari tu...kandang tu dah terbiar.  Kian reput agaknya..

Rindu kat pakcik, makcik and all the cousins..Tho Mama is just my stepmom, aku still rapat dengan Mama's side macam darah daging sendiri..No boundaries and mereka-mereka ni pun treat kami adik-beradik sejak 26 tahun lepas tersangatlah baik. So dengan ada gathering semacam ni, i got the chance to meet and hug them sebab tak tahu lagi lepas ni bila lagi kami dapat berjumpa.

Rindu pada suasana hijau kawasan kampung.  Rumah arwah nenek still can be considered as perkampungan tradisional. Paling meriah terutama sekali pada malam-malam raya bila masing-masing berlawan-lawan kabait..hahahahah..paling best!!

and rindu macam-macam lagi :(

Di hujung-hujung acara lepas kami semua bergambar;

"Along (aku le tu) bila nak settle down?"
"Dah gone with the wind la Bengah (cousin)"
"Oh..Nak replacement ke"
"Bengah tolong carik kan la..Along malas pikir"
"Nak macam mana? Meh forward Resume"
"Nak yang handsome tau tapi bukan macam Bengah"
"Habis tu?"

" Nak sama macam helikopter yang Bengah bawak tu!"

"Bongok!"

hahahhahahahahaha.....





                                   

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….
Kau yang Maha Pengampun…
Ampunilah segala dosa-dosa dan kesalahanku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami,
anak-anakku, adik-beradik kami, seluruh keluarga kami
sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia….

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azabMu,dari api nerakaMu, dari kemurkaanMu, dari maksiat dan keburukan serta godaan syaitan dan tipu daya syaitan.  Dekatkan kami dengan syurgaMu,dekatkan kami dengan kasih sayangMu dan dekatkan kami dengan ilmu agamaMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurgaMu
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dariMu
Tabahkan hati kami dalam menerima ujian dariMu
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh
Jadikanlah kami ibu bapa yang baik bagi membimbing anak-anak kami

Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim
Murahkanlah rezeki kami, Mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat…
Matikanlah kami dalam agama Islam
Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami

Ya Allah Ya Rahman
Limpahkan kasih sayang dan keberkatan di dalam keluargaku
Sayangilah aku, ampunilah aku, lindungilah aku
Hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan mengadu
Makbulkanlah doaku ini


xoxo

Friday 14 July 2023

DAH PANDAI EH SEKARANG?!!

 

Motif sangat tajuk tu. Hahahahahaha...

Rajin aku update blog ni sekarang.  Lantaklah orang nak cakap aku old school ke apa ke...dalam banyak socmed yang aku participate, aku rasa sini jelah yang sesuai dengan jiwa aku and template terpaling epik untuk aku meluah rasa. As if this is the only journal yang boleh show off jatuh bangun aku tanpa prejudis. Ye lah..bukan aku tau pun sapa yang baca blog ni..itupun kalau ada yang menyinggah & menjenguk!

Haaaa...ni cerita dua hari lepas.  First time aku join pound workout.  Terjebak sebab tiba-tiba aku realized; Heyyyyyy Intan Yoshida - I need to do better in my life.  Aku buat UNTUK aku...DEMI aku.  Bukan nak tunjuk kat siapa-siapa.  I am still in the healing process.  Like I've just bagitahu dalam previous entry, I am now using all the baki (kekuatan) yang ada untuk bangun dan cabar diri sendiri like mula-mula aku 'terjaga' lepas bercerai tahun 2014. And now..another lesson learnt in year 2023.  Alhamdulillah my fam bam are always there and my friends are being so supportive during my healing journey kali ini.  Hari-hari lontar kata semangat dan mengingatkan aku, ramai yang sayangkan aku dan seharusnya aku hargai harapan mereka.  Mereka semua ni just want me to be happy, lebih fokus dan menghargai diri sendiri dengan meraikan kekurangan dan kelebihan yang ada. Tak lebih..tak kurang.

Well..well...yeah..here, I am.



Aku gamble je signed up session kat atas.

What is Pound Workout actually?

Pound, an exercise class with rock-star flair, is quickly gaining fans.

The class consists of drumming, cardio and strength training. Throw in some yoga and Pilates, and it becomes a jam session that rocks the body and mind.

The instructors don’t just play music while people workout. Rather, participants – who call themselves the Pound Posse – help create the tunes with weighted drumsticks called Ripstix.

And yet the best part is -

The amazing thing about Pound is that it is for any age and any stage.  It is easily modified, and you can work at your own pace.  It’s intense. It’s fun and it's primal.




Overall it was good and fruitful session.  Banjir peluh..muscle pain.  Paling best boleh jerit sekuat hati.  I see it as my ‘fuck it’ moment'.  Isn’t that exactly what I am looking for? An opportunity to see what happens when I do what I want to do – regardless of judgement. 


And usual Intan Yoshida akan dapat kawan baru - Ainah & Ainul..and also Miss Hanis, the co-founder PWH itself.  Jumpa lagi minggu depan okay!!


Thank you for always being there for me Dhil T_T
Sanggup mengopi sorang-sorang and teman aku berejam walaupun ko 
tak hingin pun nak join session ni.

*semoga Intan Yoshida terus kuat!!!*

xoxo




Tuesday 11 July 2023

KONSERT ANDMESH 2023 & SI GADIS BERNAMA RAA



4 JUNE 2023
PLENARY HALL, KLCC


ANOTHER FLASHBACK....

                                                                         
 Kakak!!!!!

Next week I nak bawak you pi concert Andmesh. Kita healing-healing okay?!

*hah?! biar betul?!!*   T_T

Ah! Adik yang sorang ni..is actually my officemate yang tersangatlah aku respect & kagumi.

Why? 
Sebab dia seorang anak yatim piatu yang membuktikan bahawa kehilangan dan kesedihan itu tidak perlu diratapi berpanjangan. Cukup sekali-sekala, itupun based on situasi. Yang paling penting..celik mata, bangkit dan hidup perlu diteruskan.  Fight untuk meletakkan diri di tempat selayaknya and utilize segala potensi yang ada agar nampak manfaat kita sebagai manusia.

Kalau dia bercakap, mengekspresi diri..mata aku jarang berkedip sebab tenggelam dalam pemikiran - bagaimana manusia di hadapan mata aku yang kehilangan ibu dan bapa boleh jadi setabah ini. Tampak tenang dan redha sedangkan aku yang hanya kehilangan 'seorang manusia sampah' melarat-larat kegundahan dan anxiety hingga terasa amat menjengkelkan dan melelahkan.

Diam-diam, adakalanya aku berasa malu sendiri bila membandingkan perjalanan hidup aku dan dia, sebab tak pernah sedikitpun aku dengar dia berkeluh kesah tentang hidup yang kosong.

Indirectly, she teaches me..how to value myself and self-respect itu adalah shield utama seorang wanita mandiri.

                                        

Raa namanya.  Aggressive, proactive, empathy, responsible, accountable and always gelak berdekah.  Positve vibe dia tu yang attract aku melekat dengan dia selalu, seolah ada magnet menarik kami antara satu sama lain.

Dia tahu aku at the lowest point.  Dia tahu aku kurang ceria sejak dua tiga menjak ni.  Dia tahu aku terlampau melayan perasaan. Dia tahu aku jadi kurang cerdik bila sampai ke hal-hal yang tak patut diberatkan.

So..nah ini surprise dia untuk aku!


   


    

Andmesh, antara the best performances yang aku attend in years.  I could relate to his music and words for untuk apa yang aku lalui sekarang, untuk semua sahabat-sahabat yang sentiasa menjadi bahu, untuk siblings aku yang tak pernah jemu menarik dan memeluk aku kala aku struggle dalam peperangan hati dan perasaan pagi, petang, siang dan malam. Untuk Daddy dan Mama yang tanpa jemu menerima dan memaafkan kesilapan aku berulang-ulang.  

And of course amat luar biasa lelaki bernama Andmesh - mamat Nusa Tenggara Timur ini.  Gaya pelantun suara bertubuh besar persis bapak-bapak, lenggok nada dengan bait-bait lirik lagu popularnya bersama iringan muzik betul-betul menjentik sanubari aku malam tu.

Ada segmen aku happy
Ada lagu aku ikut nyanyi lepastu menangis
Ada patah bicara yang bikin hati bergetar, sambil aku menjerit - ah relatable nyaaaaa!!!!





Thank you Raa. Kakak had a blast night indeed.
 She promised me nak bawak aku ke semua concert yang dia pergi!!!


I love you mucho!


*Ramai je yang sayang kau Intan Yoshida!!!*

XOXO

 

Monday 10 July 2023

ELLA PUTERI KOTA 2023


10 JUNE 2023
AXIATA ARENA, BUKIT JALIL

                   
 
        
                                                                                                                                                                                                                                                                
    .

  
Ha aaaa...baru nak update. Aku macam korang gak..ada je kehidupan ..hahahahha.. >__<

Lama gakla aku berpikir-pikir nak pergi Konsert Ella ni...ye la..rasa aku orang terawal kot yang dok que online.  Nak kata minat sangat..tak de la fanatik, but then aku membesar ngan lagu-dia. Seawal darjah 3..dok terngiang-ngiang la lagu Dua Insan Bercinta kat corong radio.  Start dari tu..dari dia elok-elok dalam group Ella & The Boys..sampai la tukar arah jadi soloist, memang lagu-lagu dia je la yang kita dok layan selain lagu Raja Ema ngan Fauziah Latiff.     

Serabut jugak pikir nak pergi ngan sapa.  Puas racun kenkawan...kena marah balik sebab plan last minute.  Salah aku gak..ingatkan tak jadi nak pergi sebab supposed clash ngan program office..tapi bila tau program tu extend ke bulan Ogos 2023, eh jadi pening pulak memikir..sapa nak teman.  Memula niat nak jual 2 tiket rockzone tu..ada je hamba-hamba Allah yang tunggu nak beli.  Kalau aku jual lebih 80 hengget dari harga asal pun..memang ada je yang sambar sebab yang nak beli ni semua geng-geng bosses yang have-have...but yeah...bila aku tenung balik tix tu..oiiiii sayang oiiiii...susah payah la aku virtual que, tetiba tak nak pergi plak...pedehalllllll...


So yang aku berjaya racun...is Intan Yoshima.  Puas gakla paksa..and aku niat belanja je la dia sebab aku terlalu la jarang 'berbakti' pada adik yang sorang ni.  Gigihla kami berdua ni bongkar lemari baju memasing sebab theme dia GLAM ROCK weh..GLAM ROCK!!! Dengan rasa berkobar-kobar demi Konsert Ella -  Puteri Kota; maka kami berjaya mengGlam Rockkan diri seadanya kami..not more..not less...but of course bila si Along tengok Angah - Angah tengok Along; memasing punya ekspresi wajah tu - 'Tu rasa cantik sangat le tu?'  Hahahaha...

Well..well..well..time well spent.  Enjoy sangat-sangat sebab lagu-lagu tu mostly kita tau...and Ella was such a cool Malaysia Rock Queen..performance superb, sound and lighting superb and paling best bila her hubs - Capt. Azhar was literally being so supportive during the concert.  U can see how Ella tersangatlah enjoy performing malam tu..menjadi wanita terbahagia..maka kebahagiaan itu terpancar dan dikongsikan pada semua audience..You just can feel it, Ella langsung tak berubah..masih manja, masih malu walaupun menginjak usia 50++ and still dia seperti aku kenal di layar seni suara sejak 38 tahun dulu.  Dalam banyak benda yang aku perati and aku hadam, perkahwinan doesn't effect her at all dalam memaksa dia untuk tidak menjadi diri sendiri.


By the way..sepanjang concert, aku jumpa few kawan baru yang sama-sama menggila.  Thank you Iffah and Aini - both of you were so crack sampai meleleh air mata dok gelakkan sesama kita.  Ada juga kawan-kawan baru yang tak sempat nak tanya nama tapi tetap menjerit-menjerit macam orang hilang akal..luckily circle aku malam tu tersangat lah awesome!!  Ada video as proof..tapi malas nak tepek sebab besar sangat untuk aku transfer...cukuplah yang tau je tau apa yang kita enjoy malam tu!!!

                                            

Thank you Angah sebab sudi jadi sidekick Along.


                                                     see u guys in next concert!

xoxo





                                 









 

Tuesday 4 July 2023

YOU WILL BE MISSED NENEK...

 We lost our beloved Nenek on July 1st 2023 kat Seri Dusun at 4.50 pm.

Alhamdulillah, Nenek pergi dalam keadaan yang amat baik...sedikit nazak..sedikit berkerut..sedikit tertahan nafas dan akhirnya pergi meninggalkan kami semua dengan mata terpejam dan wajah seakan tersenyum.

Tersenyum kerana dia pergi tidak berseorangan. Tersenyum kerana kalimah Allah tidak berhenti dibisikkan ditelinga oleh mereka-mereka yang amat menyayanginya termasuk aku dan mungkin juga tersenyum kerana akhirnya dia tidak perlu menahan kepayahan dalam meneruskan sisa-sisa hidup yang tinggal.

You will be missed Nenek.

Terlalu banyak nasihat yang Nenek curah semasa Nenek sihat.

She always guide me..share with me cerita-cerita kehidupan especially tentang jatuh bangun seorang ibu tunggal and how to survive.

Nenek tak pernah prejudis tentang tingkah laku aku, dan setiap kali dia 'rasa' aku agak 'terbabas', Nenek akan ingatkan dengan penuh kasih sayang - "Ingat ya, Along masih ada daddy & mama yang perlu dilindungi perasaannya".

Nenek paling suka kalau tengok aku bersiap cantik-cantik.  Bagi dia itu adalah aktiviti mencintai diri sendiri.

She always pray for my happiness and success..Macam mana aku tau Nenek berdoa tanpa henti? Sebab kalau dia habis sembahyang..aku selalu menempel kat Nenek, nak dengar apa doa Nenek di saat itu..and she will recite it out loud

"Ya Allah - Kau lindungilah anak cucuku terutama sekali.....(paused)

 eh apo namo ponuh ekau Long? 

INTAN YOSHIDAAAAAAA...(haih Nenek ni)

Ya Allah - Kau lindungilah anak cucuku terutama sekali Intan Yoshida dari malapetaka, bala bencana, umpat keji dan fitnah..Kau kurniakanlah dia kejayaan dan kebahagiaan hakiki yang dapat memberi manfaat dan berjasa pada hamba-hambaMu di muka bumi ini...."

*macam tu la lebih kurang, pastu aku aminkan je kat tepi dia  -__-

And for few years..she went bed ridden until Nenek hembuskan nafas terakhir.

Paling aku teringat tahun 2014 - tahun pertama beraya yang aku sambut selepas bergelar ibu tunggal, masa takbir malam tu sambil tengok tv, Nenek cakap;

"Along esok bangkit, mandi..pakai cantik-cantik ya. Nenek nak Along bersiap...biarlah teruk macam mana keadaan kita sekalipun, raya tetap raya.."



اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ. وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيِرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهَا وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا، وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta suami yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah dari seksanya kubur serta fitnahnya, dan dari seksa api neraka.

You will be missed Nenek. Al Fatihah.