Thursday 12 November 2015

JAGA HATI

Bila aku dapat peluang stay  sensorang in a very comfortable room, in a good environment and in cozy ambience, i will also got the chance untuk pikir macam-macam OVERALL. Kadang-kadang berterima kasih gak pada big boss sebab segarang-garang umat pun..tapi bila time out station she will makesure yang aku dapat  facilities terbaik, seolah memang dengan sengaja nak suruh aku lari dari suasana kelaziman. Semua orang tahu kot, being outside (keluar dari kepompong) would refresh us and of course bila kita adapt tempat baru dan mix around with good people will bring to the 'new state of mind'! 



Dalam aku berfikir macam-macam (kononnya) tu, aku belek-belek gak entry lelama..untuk kali ini aku just nak revise post aku titled BOLEH TAK on 23 Oktober lepas. Sengaja aku pilih sebab ada few items yang aku kira forever (agaknya) ongoing walaupun situasi, masa dan suasana perasaan tu berlainan.

Aku pilih bab jaga hati.

Few months ago aku penah hangout ngan kawan lama aku..kawan sekolah yang masih lagi fresh dalam contact list. Seorang yang peramah dan baik hati. A business woman dan punya ramai kawan dari segenap lapisan masyarakat. Still single walaupun age is about to get 40++ BUT NEVER AVAILABLE!! :-D

Bila pertama kali aku tanya mengapa - she proudly answered it like this;

"I had never be alone after i went break up dengan sesiapa. Aku akan berkawan dengan sesiapa je yang aku fikir boleh jaga hati aku sebaiknya.  One after another..You know babe..aku tak kuasa la jaga hati orang if mereka jealous or whatever. Diorang tak jaga hati aku. Afterall I got nothing at the end...Buat apa nak sakit jiwa?!!"

Camner kau boleh define orang tak jaga hati kau lagi if relationship kau bertahun lamanya?

"Simple - salah satunya bila kau dah start detect favourite song dia semua related ngan ex girlfriend dia.  Kau boleh tengok dia whisper sambil pemikiran kelaut.  I am not that tunggul! I might get his brain but not his mind, his body not his soul, his heart and never his love. Can't you get it babe? Then why should I stay..nak tengok benda-benda macam tu berterusan ke? And repeat yea..itu salah satu example"

Aku nganga mulut "WOW" 

Besar pemahaman jaga hati ni dan ianya subjektif.  Setiap orang punya sudut tersendiri dengan cara mana atau hati siapa yang patut dijaga.  Macam aku..maybe aku terlalu jaga hati mereka-mereka yang aku rasa sangat berkepentingan untuk aku.  Eventhough..I might realize that I am not that important to them tapi looking at their happy faces akan turut sama buat aku bahagia.  Malah berganda happier than them tho at the end it might not be beautiful as we could imagine or having a-well-maintained relationship..but yeah at least aku pernah bersusah payah menjaga hati diorang dan itula kepuasan paling utama dalam hidup aku. Anyhow selalu juga aku ingatkan diri aku..if aku nak orang bersusah payah jaga hati aku..Aku kena mulakan segalanya dahulu..

Korang pun biasa kot dengan perihal ni;




Yeah..kadang-kadang benda-benda ni nampak remeh..tapi impaknya sangat besar.

And aku admit..sometimes I really hope that I can gain the spirit macam kawan aku tadi cuma MUNGKIN masanya belum tiba.



Definisi jaga hati aku ialah bila kau buat sanggup buat apa sahaja untuk orang tak kira  
la sesiapa pon yang ber'entitle' paling dalam di hati kau

Thursday 5 November 2015

PREJUDIS

Bila orang tak tahu kisah sebenar dan terus jump into conclusion dan terus judge bukan-bukan meskipun beralasan "melihat dengan kepala mata sendiri", aku tetap masih lagi menganggap perkara itu tiada asas untuk manusia sesuka hati menilai atau berbahasa sewenangnya.

Dari dulu pun...apa-apa persoalan yang ada dibenak, apa-apa kejadian di hadapan mata aku masih rasional memikirkan pasti ada reason di sebalik kejadian.  Pasti ada alasan tersendiri walaupun apa yang aku nampak itu sesuatu di luar dugaan dan negatif. Secara logik..mana ada manusia buat sesuatu perkara tanpa bersebab.  Serupa macam kau jatuh cinta, macam bunuh orang, macam hisap dadah, macam jadi pelacur or bermacam-macam lagi...Dan kerana sikap ini aku mampu bertahan 13 tahun dalam perkahwinan lepas meskipun pelbagai badai dan fitnah melanda hingga sampai ke titik akhir.  Sebab itu, bila ada punca aku suka tanya terus.  Aku tak sanggup nak simpan hingga jadi barah.  Aku tak suka besarkan perkara yang sememangnya kecil dan remeh dan seeloknya jelas sebelum matahari naik ke langit. Dan yang paling penting..benda-benda sebegini mengajar aku menjadi perempuan yang sangat sabar dengan keadaan-keadaan tak terduga.

Sesiapa pun agak sadis bila dihakimi tanpa sedar, tanpa mampu mempertahankan diri, tanpa diberi peluang menerangkan hujah-hujah khusus yang kiranya boleh diterima akal. Apatah lagi yang menghakimi telah jauh 100 langkah kehadapan beremosi.  Aku tak salahkan mana-mana pihak..cuma setiap perkara bertindaklah secara rasional. Ya..mungkin kesalahan itu terlalu besar dan sukar dimaafkan, tapi tanpa prejudis segalanya boleh dijelaskan, di dengar setiap perinci dan di reconsider. Lihat semula dan throwback..masa dan kejadian supaya yang menghakimi synchronizekan dengan apa yang terjadi pada masa sekarang.  Mungkin di situ akan bertemu jawapan yang boleh menjadi balance terhadap permasalahan dan menjadi logik untuk diterima.

Prejudis lazimnya menjadikan semua perkara tergantung termasuk perasaan.

Aku memang tak pandai nak susun ayat untuk terangkan satu-persatu tapi cukuplah selagi namanya manusia yang dikurniakan otak dan hati berlainan..masing-masing pasti ada alasan tersendiri untuk menegakkan benang basah.

Aku postkan entri ini berikutan insiden yang tidak tersangkanya berlaku.  Tiada kaitan dengan sesiapa tapi cukup aku rumuskan usai kegembiraan, prejudis ini mampu mewujudkan kebencian yang sekelip mata dan tanggapan menjadi buruk serta-merta. Nyata, pendekatan antara kami sangat berbeza;

Aku:        
terlihat/terdengar + bertanya + cuba memahami + menilai + lihat pada diri sendiri + perspektif kebaikan/keburukan + potensi maaf - berlalu pergi/memberi peluang kedua/tidak ambil pusing

Orang lain:
FUCK OFF (?)

Aku tak boleh expect semua orang buat perkara yang sama seperti aku. Masing-masing melalui pengalaman atau kepahitan yang tidak sama. Kerana itu maafkan aku untuk segalanya. :-(

Refer pada entri Beautiful Liar, 8 September 2015 (sama tapi tak serupa)