Tuesday 29 March 2016

BEZA


kalau aku marah
aku memang say outloud
akan cakap tanpa henti
merapu melalut
maybe menangis sikit-sikit
potpetpotpetpotpet
bla..bla..bla..bla..
and last sekali tarik nafas sehabis dalam
then release
chill balik
and act like normal
gelak berdekah semula
like nothing happen
relationship seolah overhaul
buka buku baru


kalau aku tawar hati
aku diam
diam
diam
diam
diam
balas sepatah
diam
diam
diam
that's it
tutup buku terus
dan aku akan jadi manusia paling annoying dekat muka bumi ini.



so..sila bezakan tindakan aku please
korang boleh tahu agaknya
 aku tengah marah or aku dah mula lantakkan korang...

Monday 7 March 2016

DEFINISI CANTIK BY MY NENEK

Last Jumaat aku balik rumah daddy again
Balik sebab rindukan nenek 
Memang nature aku suka ngan warga emas, suka budak-budak, suka babies..
So bila aku dapat tau nenek still ada kat Sepang, buat aku tergedik-gedik nak balik, peluk dan cium dia sepuas-puasnya!!

Time dinner beria-ia ajak aku temankan dia makan
Siap suapkan aku bagai..mengalahkan budak umur 10 tahun!
Dan sebelum aku jadi lebih mengada-ngada,
aku minta izin supaya dapat duduk setentang dengan nenek
dengan harapan nenek fokus untuk suap diri sendiri..bukan ke mulut aku tapi ke mulut dia.

Sambil tenung aku dalam-dalam yang tengah busy meratah kepala ikan merah masak lemak cili api, tiba-tiba nenek cakap:



Along.. ekau tahu tak ekau ni cantik sangat?

Tak..Along tak tahu. Tak pernah ambik tahu pun
Kenapa nenek cakap macam tu?

Iyolah..Nenek peghatikan yo, ekau ni ado ghupo Long.
putih, mata besar, hidung mancung...

Lepas tu?  Nenek sorang je yang cakap Along macam tu. 
Nanti Along beli spek baru kat nenek eh?

Loyar ekau ni

Yer la..tiba-tiba nenek puji Along.

Sapo kato nenek puji?

Dah tu?

Nenek ghisau yo..

Kenapa laaaaaaaaaa....Along dah besar panjang dah.
 Dah jadi ibu...Nenek nak risau apa nyaaaa...
Pelik-pelik la nenek ni..

Bukan...Nenek nak bagitahu ni,
Along tau tak kecantikan ni ado duo bondo.

Haaaaaa...apa dia?

Satu cantik ni bawak tuah...
Satu laie cantik ni bawak kecolakaan
Cuba Along kobarkan kek Nenek
Ekau yang mano satu Long??

Krikk..Krikk..Krikk...

-_-

*diam seribu bahasa*


Thank you for your love, your attention and your guidance grandma. 
May Allah bless you sehingga hujung nyawa!


XOXO