Friday 4 September 2015

PIYEN

Within 1-2 weeks ni..aku perasan seseorang carik aku.  Tapi aku ignore..Dia add aku kat macam2 laman social yang mana aku attached but still aku frozen sebab aku dah boleh agak apa sebab-musabab dia cari aku and yet I am not ready untuk bersemuka.

Until we met last night after i had attended for an event.

Seseorang yang aku maksudkan is adik angkat aku..my long lost 'brother' yang dah berkurun aku tak jumpa.  Betul2 gigih ambik berat dan aku kalah sebab dia dapat contact aku through whatsapp and phone calls selepas berminggu2 aku ignore.

This boy is our family friend and he's from Kedah dan aku panggil dia Piyen. Piyen attached ngan aku since dia budak lagi and now he's married and ada anak dua.  Last time aku jumpa he's a police but now..tengah struggle nk kluar dari police force and focus on business.

Piyen bagitau yang dia dah lama jejak aku eversince dia tau aku berpisah.  Hati membuak-buak nak tahu punca sebab.  Kata dia tak adil untuk dengar hanya sebelah pihak sedangkan dia kenal aku dan Previous Dia..and aku cerita apa yang sepatutnya aku cerita sahaja..tak kurang..tak lebih..enough said.

Piyen..tak banyak cakap..sesekali menyampuk.  Tapi hujung mata..aku nampak dia bergenang.  Mungkin dia tak sangka pengakhiran perkahwinan abang dan kakak dia macam ni.  Sepanjang perbualan..aku dapat rasakan kemenangan banyak berpihak pada aku and in fact aku tau semua orang kat Kedah tu betul-betul sayang kan aku.

Banyak yang kitorang borakkan...dan Piyen berkali2 ingatkan aku yang dia takkan lupa budi aku tumpangkan dia dan kawan-kawan Kedah di rumah aku di Salak Tinggi dulu.  Aku tak ingat bab2 tolong or berbudi pada orang ni..tapi yang aku tahu pada mereka yang datang sehelai sepinggang mencuba nasib hidup di KL jangan merempat tak tentu hala. Anggap aku macam ahli keluarga dan berkongsi payah senang bersama..dan alhamdulillah..antara mereka ramai yang dah berjaya dalam kehidupan masing2 termasukla Piyen.

Pesanan Piyen pada aku di penghujung bicara;

"Kakak kena teruskan kehidupan. Ada benda dan perkara yang lebih baik dan membahagiakan menanti.   Masa untuk tunggu dan lihat..sudah berlalu.  Kini masa untuk sayangi diri sendiri.  Saya dan keluarga sentiasa ada masa untuk kakak..sepertimana kakak dan keluarga sentiasa sabar dan ada masa untuk saya dulu..."

Aku tak cakap banyak. Masuk dalam kereta dan hanya mampu menangis semahunya!!!

*Tq Piyen*