Monday 29 May 2017

KENAPA KAU BOLEH?

kenapa kau boleh sumpah seranah perempuan itu,
kenapa dia tak boleh?

kenapa kau boleh panggil perempuan itu dengan macam-macam panggilan kesat,
kenapa dia tak boleh?

kenapa kau boleh bayangkan segalanya yang buruk tentang perempuan itu,
kenapa dia tak boleh?

kenapa kau boleh konklusikan setiap langkah perempuan itu, prejudis tentang hatinya
kenapa dia tak boleh?

kenapa kau boleh habiskan masa dengan kawan-kawan kau dengan perkara yang sangat menyeronokkan
kenapa dia tak boleh?

kenapa kau boleh pilih untuk tidak mahu bertanya perempuan itu sebaiknya
kenapa dia tak boleh?

KENAPA KAU BOLEH AMAN DENGAN HIDUP MENCARI SALAH PEREMPUAN ITU
KENAPA DIA TAK BOLEH????

aku fikir macam ni:

sebabnya mudah,
kau tak pernah ada memori hitam,
kau belum pernah rasa getir merangkak dalam kawat berduri bila 
mahukan sesuatu yang terbaik,
kau tak pernah bayangkan betapa tinggi rendahnya langit itu bila 
sejarah tak boleh dipadam
kau tak pernah fikirkan tentang hidup mati hamba lain yang menekan hati sendiri
demi mahu meninggalkan legasi manis untuk mereka yang mewarisi

kau rasa tak semua orang layak dimaafkan dan 
kau rasa Tuhan hanya beri iktibar dan hidayah pada mereka yang suci
MACAM KAU?

kalau begitu, aku berterusan fikir:

maka segala yang buruk datangnya dari semua orang
dan HANYA YANG BAIK-BAIK SAHAJA DARI KAU

dan kau PEREMPUAN ITU,
sebenarnya apa lagi yang mereka mahu
selain berasa menang melihat air mata kau acapkali
mengalir di bawah pancuran mandi yang kuat.