Tuesday 16 February 2016

KENAPA KALAU JADI JANDA?

"Satu lagi, janda. 
Kenapa janda dianggap sebagai mereka yang gagal dalam perkahwinan?
Kalau kau tukar kerja lebih bagus, tu kira gagal ke?"

Aku baru prasan aku pernah like tweet seseorang ni and baru sekarang aku ada guts untuk revise. Itupun selepas aku terkesan satu hari dengan statement seseorang pasal bab-bab jodoh ni. Ye memang aku terkesan betul dan terus downkan mood aku 100%. Serupa macam langit senja kat luar sana..MANDOM!

Aku tak tahu tentang orang lain yang sama statusnya macam aku. Tapi perihal jodoh menjodoh ni a bit sensitive sebab aku jadi miss J bukan untuk mengejar jodoh atau mencari jodoh atau meng'aim' jodoh yang lebih bagus, lebih baik, lebih kaya, lebih handsome atau segala mak nenek lebih dari yang sebelum ni. Aku jadi J kerana aku berpendirian semua orang berhak rasa bahagia walaupun ia sedikit sebanyak akan/telah mengakibatkan pada penderitaan orang lain. Aku fikir aku berhak buat pilihan meskipun ianya terhad dan menyakitkan tapi itu adalah realiti kehidupan. Semua orang berhak memilih!! Memilih dengan cara mana kita mahu bahagia.

Bila aku memilih untuk berbahagia dengan seseorang dan tidak pernah ambil pusing tentang setakat mana ramalan kebahagiaan itu berpanjangan, adalah sangat tak adil untuk sesiapa pun membangkitkan tentang ketentuan jodoh aku di masa hadapan. Kerana apa? Sebab aku happy dengan apa yang aku lalui sekarang sehinggakan tidak pernah memikirkan persoalan tu..

Dalam semua perkara yang aku lakukan dalam kehidupan aku sebagai J setakat ini, aku tak akan sesekali pergi mencari atau mengejar jodoh. Tak semua J desperado sepertimana yang manusia sentiasa fikirkan. Apatah lagi aku sentiasa yakin, ada sahaja mereka yang menyayangi aku dalam diam mahupun secara terbuka.

Jadi jangan ingatkan aku lagi. 

Aku tahu diri aku dan yang paling penting aku tahu aku J di level mana!

xoxo