Monday 16 May 2016

DEAR BFF

Aku publickan semula bukan kerana terdesak. Tapi memenuhi pertanyaan sahabat baik aku.  Soalan dia "kenapa blog kau tak boleh bukak?" Aku tak mampu nak jawab tapi tersengih macam kerang busuk..dan iya sampai sudah aku tak bagi alasan kenapa aku privatekan dunia aku ni sementara waktu.  Aku appearkan kerana yang bertanya itu sangat mengambil berat orangnya.  Antara kami tiada rahsia. Kala aku lara, hilang pedoman, hilang arah, tenggelam dalam kegembiraan..dia orang yang berjaya tembus hati aku habis-habisan. Dan aku bercerita hingga tiada seiinci pun yang tertinggal.  Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ni, kekangan masa aku dan dia terlalu mencengkam hingga payah untuk aku dan dia sandarkan bahu, berkongsi tangis dan tawa seperti dulu-dulu. Dan blog ini adalah medan untuk aku dan dia mengemaskini situasi terkini masing-masing. Supaya masa untuk bercerita dapat dihadkan..tetapi terarah kepada jalan penyelesaian setiap kali kami punya masa senggang untuk berjumpa.




So, aku just nak sharekan ngan kau BH..the reason why,

Dalam beberapa hari sebelum aku hidekan blog bodo ni, aku ada berkira-kira untuk delete segalanya.  Seakan putus asa atau lebih tepat lagi tiada nafsu lagi untuk aku mencurah rasa. Kenapa begitu sedangkan menulis (walaupun caca marba) sangat mendamaikan jiwa aku. Apart from driving, dengan menulis aku peroleh segala kebebasan untuk lontarkan segalanya yang tak termampu aku ungkap dengan kata-kata. Di sini aku lepaskan segala suka duka yang ada..di sini juga tempat aku bermanifestasi dan sebagai refleksi kehidupan aku.

Dan setelah aku jumpa medan untuk aku melepaskan lelah, kenapa perlu aku musnahkan sekelip mata?

Sebab aku dah mula rasa kehilangan dan rasa itu akan muncul di saat-saat aku mahu mulakan bicara.  Rasa kehilangan itu mengikut definisi aku (persepsi manusia lain mungkin berlainan so terpulanglah) is apabila aku rindukan sesuatu or seseorang yang amat dekat di hati aku or mereka-mereka yang sangat penting dalam hidup aku tapi tak dapat aku zahirkan dengan deria yang ada. Macam complicated je bunyi - zahirkan dengan deria yang ada...aku mudahkan pemikiran kau okay; macam Triple H yang dah lama aku tak jumpa, tak peluk, tak cium. Or mungkin aku tak dengar lagi nasihat/panduan dari Si Motivator yang mengikuti perjalanan hidup aku dari mula aku stand alone hingga sekarang, maybe aku tak dapat lampiaskan tangisan aku sepuasnya di riba kau setiap kali aku 'down'- remember, kita pernah menangis sama-sama dalam stor kat Bukit Onn dulu? or maybe aku rindu Mummy tapi aku belum ada kekuatan untuk berjumpa kerana terikat dengan cerita silam yang berat tu - remember that bangsat punya hal sampai aku lari pergi utara dan cuti sebulan? Dan finally..relationship aku yang membuatkan aku rasa lebih kehilangan meskipun jasad di hadapan mata. I just feel kekeliruan dan kejenuhan yang aku lalui hingga mengatasi kasih sayang yang ada. Cinta yang boleh kau tekan suis on off sesuka hati and the feeling of dekat tapi jauh. Or maybe penat kerana buat aku asyik tertanya-tanya kerana layanan nak tak nak or acuh tak acuh. Sedangkan aku sayang melebihi dari segalanya..Entah..payah aku nak describe.

Dan itu konsep 'kehilangan' aku.

And you know why? Aku tak berapa gembira lately ni..dan everytime aku nak share sesuatu, air mata lagi laju jatuh dari perkataan-perkataan yang aku taip. Aku jadi tak fokus dan selalu tersasar dari apa yang aku nak share especially small-small things yang buat aku happy (finally eh?)..yeah small-small things like, new port aku lepak..tempat makan best yang aku baru discover, program-program office yang happening, new buddies and new circle yang aku jumpa time follow bigboss and sort of..that's why ko pun tertanya-tanya entry aku yang memanjang sedih..sebab rasa kehilangan tu melebihi segala-galanya.  Bukan aku nak ikut perasaan..tapi aku realized, mereka-mereka yang 'hilang' ni sebenarnya sumber kekuatan aku tapi dengan syarat..there must be kaedah 2 ways..tak kira lah communication, connection, responds, positive argumentation and etc. Tapi aku tak dapat feedback yang baik..dan serasa only one way occured and that is me yang overreact and it's killing me down under.

I think I need to tone down everything. Sakit betul nak hilangkan sifat demanding aku tu..walaupun bukan berbentuk duit ringgit, luxurious items or whatever. Only keperluan perhubungan dua hala, in the need of attention, being there when it's needed, good listener, telling me how important i am in their lives, motivating me and eventhough it doesn't cost a cent but still hard to get and it's not easy.  Aku jenis pemurah bab-bab mudah begitu..sebab I heart it unless la aku tak punya perasaan..maka jadilah aku jugak seperti-seperti mereka yang aku indirectly 'hilang' ni tadi.

I hope u understand why Nok.  Aku benci betul rasa lost tu.  Aku harap entry kali ini jadi jawapan persoalan kau..kenapa aku jadi macam ni hingga aku boleh 'tinggalkan' sesuatu yang mampu jadi ubat aku.  All these while aku rasa aku stand alone..sesuatu yang aku tak gamak lakukan sekiranya aku betul-betul sayang seseorang - membiarkan orang yang kita sayang rasa berseorangan dan keseorangan adalah sangat bahaya terutama sekali relationship between a  mother and kids..Due to all perkara as mentioned, aku rasa tak guna juga menulis, sekiranya perjalanan hidup aku memanjang sedih.  Buat malu pada mereka yang membaca dalam diam.

By the way..remember apa yang aku pernah cerita tentang plan aku dulu? Aku tak rasa lagi dalam list option..I think I've made the decision. Aku just proceed and aku harap ia jadi sumber kekuatan utama hidup aku after what i need the most in my life has become idle dan biarlah masa menentukan segalanya. Just pray for me..yeah..just pray for me.

Be and bear with me walaupun nyata ataupun tidak BH.  Kau sahabat aku dunia akhirat.

xoxo