Thursday 5 November 2015

PREJUDIS

Bila orang tak tahu kisah sebenar dan terus jump into conclusion dan terus judge bukan-bukan meskipun beralasan "melihat dengan kepala mata sendiri", aku tetap masih lagi menganggap perkara itu tiada asas untuk manusia sesuka hati menilai atau berbahasa sewenangnya.

Dari dulu pun...apa-apa persoalan yang ada dibenak, apa-apa kejadian di hadapan mata aku masih rasional memikirkan pasti ada reason di sebalik kejadian.  Pasti ada alasan tersendiri walaupun apa yang aku nampak itu sesuatu di luar dugaan dan negatif. Secara logik..mana ada manusia buat sesuatu perkara tanpa bersebab.  Serupa macam kau jatuh cinta, macam bunuh orang, macam hisap dadah, macam jadi pelacur or bermacam-macam lagi...Dan kerana sikap ini aku mampu bertahan 13 tahun dalam perkahwinan lepas meskipun pelbagai badai dan fitnah melanda hingga sampai ke titik akhir.  Sebab itu, bila ada punca aku suka tanya terus.  Aku tak sanggup nak simpan hingga jadi barah.  Aku tak suka besarkan perkara yang sememangnya kecil dan remeh dan seeloknya jelas sebelum matahari naik ke langit. Dan yang paling penting..benda-benda sebegini mengajar aku menjadi perempuan yang sangat sabar dengan keadaan-keadaan tak terduga.

Sesiapa pun agak sadis bila dihakimi tanpa sedar, tanpa mampu mempertahankan diri, tanpa diberi peluang menerangkan hujah-hujah khusus yang kiranya boleh diterima akal. Apatah lagi yang menghakimi telah jauh 100 langkah kehadapan beremosi.  Aku tak salahkan mana-mana pihak..cuma setiap perkara bertindaklah secara rasional. Ya..mungkin kesalahan itu terlalu besar dan sukar dimaafkan, tapi tanpa prejudis segalanya boleh dijelaskan, di dengar setiap perinci dan di reconsider. Lihat semula dan throwback..masa dan kejadian supaya yang menghakimi synchronizekan dengan apa yang terjadi pada masa sekarang.  Mungkin di situ akan bertemu jawapan yang boleh menjadi balance terhadap permasalahan dan menjadi logik untuk diterima.

Prejudis lazimnya menjadikan semua perkara tergantung termasuk perasaan.

Aku memang tak pandai nak susun ayat untuk terangkan satu-persatu tapi cukuplah selagi namanya manusia yang dikurniakan otak dan hati berlainan..masing-masing pasti ada alasan tersendiri untuk menegakkan benang basah.

Aku postkan entri ini berikutan insiden yang tidak tersangkanya berlaku.  Tiada kaitan dengan sesiapa tapi cukup aku rumuskan usai kegembiraan, prejudis ini mampu mewujudkan kebencian yang sekelip mata dan tanggapan menjadi buruk serta-merta. Nyata, pendekatan antara kami sangat berbeza;

Aku:        
terlihat/terdengar + bertanya + cuba memahami + menilai + lihat pada diri sendiri + perspektif kebaikan/keburukan + potensi maaf - berlalu pergi/memberi peluang kedua/tidak ambil pusing

Orang lain:
FUCK OFF (?)

Aku tak boleh expect semua orang buat perkara yang sama seperti aku. Masing-masing melalui pengalaman atau kepahitan yang tidak sama. Kerana itu maafkan aku untuk segalanya. :-(

Refer pada entri Beautiful Liar, 8 September 2015 (sama tapi tak serupa)

No comments:

Post a Comment