Tuesday 11 July 2023

KONSERT ANDMESH 2023 & SI GADIS BERNAMA RAA



4 JUNE 2023
PLENARY HALL, KLCC


ANOTHER FLASHBACK....

                                                                         
 Kakak!!!!!

Next week I nak bawak you pi concert Andmesh. Kita healing-healing okay?!

*hah?! biar betul?!!*   T_T

Ah! Adik yang sorang ni..is actually my officemate yang tersangatlah aku respect & kagumi.

Why? 
Sebab dia seorang anak yatim piatu yang membuktikan bahawa kehilangan dan kesedihan itu tidak perlu diratapi berpanjangan. Cukup sekali-sekala, itupun based on situasi. Yang paling penting..celik mata, bangkit dan hidup perlu diteruskan.  Fight untuk meletakkan diri di tempat selayaknya and utilize segala potensi yang ada agar nampak manfaat kita sebagai manusia.

Kalau dia bercakap, mengekspresi diri..mata aku jarang berkedip sebab tenggelam dalam pemikiran - bagaimana manusia di hadapan mata aku yang kehilangan ibu dan bapa boleh jadi setabah ini. Tampak tenang dan redha sedangkan aku yang hanya kehilangan 'seorang manusia sampah' melarat-larat kegundahan dan anxiety hingga terasa amat menjengkelkan dan melelahkan.

Diam-diam, adakalanya aku berasa malu sendiri bila membandingkan perjalanan hidup aku dan dia, sebab tak pernah sedikitpun aku dengar dia berkeluh kesah tentang hidup yang kosong.

Indirectly, she teaches me..how to value myself and self-respect itu adalah shield utama seorang wanita mandiri.

                                        

Raa namanya.  Aggressive, proactive, empathy, responsible, accountable and always gelak berdekah.  Positve vibe dia tu yang attract aku melekat dengan dia selalu, seolah ada magnet menarik kami antara satu sama lain.

Dia tahu aku at the lowest point.  Dia tahu aku kurang ceria sejak dua tiga menjak ni.  Dia tahu aku terlampau melayan perasaan. Dia tahu aku jadi kurang cerdik bila sampai ke hal-hal yang tak patut diberatkan.

So..nah ini surprise dia untuk aku!


   


    

Andmesh, antara the best performances yang aku attend in years.  I could relate to his music and words for untuk apa yang aku lalui sekarang, untuk semua sahabat-sahabat yang sentiasa menjadi bahu, untuk siblings aku yang tak pernah jemu menarik dan memeluk aku kala aku struggle dalam peperangan hati dan perasaan pagi, petang, siang dan malam. Untuk Daddy dan Mama yang tanpa jemu menerima dan memaafkan kesilapan aku berulang-ulang.  

And of course amat luar biasa lelaki bernama Andmesh - mamat Nusa Tenggara Timur ini.  Gaya pelantun suara bertubuh besar persis bapak-bapak, lenggok nada dengan bait-bait lirik lagu popularnya bersama iringan muzik betul-betul menjentik sanubari aku malam tu.

Ada segmen aku happy
Ada lagu aku ikut nyanyi lepastu menangis
Ada patah bicara yang bikin hati bergetar, sambil aku menjerit - ah relatable nyaaaaa!!!!





Thank you Raa. Kakak had a blast night indeed.
 She promised me nak bawak aku ke semua concert yang dia pergi!!!


I love you mucho!


*Ramai je yang sayang kau Intan Yoshida!!!*

XOXO

 

No comments:

Post a Comment