Tuesday 4 July 2023

YOU WILL BE MISSED NENEK...

 We lost our beloved Nenek on July 1st 2023 kat Seri Dusun at 4.50 pm.

Alhamdulillah, Nenek pergi dalam keadaan yang amat baik...sedikit nazak..sedikit berkerut..sedikit tertahan nafas dan akhirnya pergi meninggalkan kami semua dengan mata terpejam dan wajah seakan tersenyum.

Tersenyum kerana dia pergi tidak berseorangan. Tersenyum kerana kalimah Allah tidak berhenti dibisikkan ditelinga oleh mereka-mereka yang amat menyayanginya termasuk aku dan mungkin juga tersenyum kerana akhirnya dia tidak perlu menahan kepayahan dalam meneruskan sisa-sisa hidup yang tinggal.

You will be missed Nenek.

Terlalu banyak nasihat yang Nenek curah semasa Nenek sihat.

She always guide me..share with me cerita-cerita kehidupan especially tentang jatuh bangun seorang ibu tunggal and how to survive.

Nenek tak pernah prejudis tentang tingkah laku aku, dan setiap kali dia 'rasa' aku agak 'terbabas', Nenek akan ingatkan dengan penuh kasih sayang - "Ingat ya, Along masih ada daddy & mama yang perlu dilindungi perasaannya".

Nenek paling suka kalau tengok aku bersiap cantik-cantik.  Bagi dia itu adalah aktiviti mencintai diri sendiri.

She always pray for my happiness and success..Macam mana aku tau Nenek berdoa tanpa henti? Sebab kalau dia habis sembahyang..aku selalu menempel kat Nenek, nak dengar apa doa Nenek di saat itu..and she will recite it out loud

"Ya Allah - Kau lindungilah anak cucuku terutama sekali.....(paused)

 eh apo namo ponuh ekau Long? 

INTAN YOSHIDAAAAAAA...(haih Nenek ni)

Ya Allah - Kau lindungilah anak cucuku terutama sekali Intan Yoshida dari malapetaka, bala bencana, umpat keji dan fitnah..Kau kurniakanlah dia kejayaan dan kebahagiaan hakiki yang dapat memberi manfaat dan berjasa pada hamba-hambaMu di muka bumi ini...."

*macam tu la lebih kurang, pastu aku aminkan je kat tepi dia  -__-

And for few years..she went bed ridden until Nenek hembuskan nafas terakhir.

Paling aku teringat tahun 2014 - tahun pertama beraya yang aku sambut selepas bergelar ibu tunggal, masa takbir malam tu sambil tengok tv, Nenek cakap;

"Along esok bangkit, mandi..pakai cantik-cantik ya. Nenek nak Along bersiap...biarlah teruk macam mana keadaan kita sekalipun, raya tetap raya.."



اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ. وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيِرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهَا وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا، وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta suami yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah dari seksanya kubur serta fitnahnya, dan dari seksa api neraka.

You will be missed Nenek. Al Fatihah.





No comments:

Post a Comment