Saturday 29 July 2023

KAMPUNG PARIT, KUALA PILAH

 23 Julai 2023

Dah berminggu Mama remindkan kami adik-beradik perihal kenduri kesyukuran PakDeq yang baru balik menunaikan haji CUM kenduri tahlil arwah Nenek kat Kuala Pilah.  Seboleh-boleh Mama nak kami semua ni attend since everyone will be coming back berkumpul pakcik makcik, supupu sepapat instead of makan sedap-sedap. Ndak-ndak aku ni, yang  working schedule tengah menggila dengan program back to back..and atas sebab tu lah Mama keep pm tepi aku - Along, please make time and don't forget!

So..ya aku balik jugak.
Bukan sebab Mama paksa tapi sebab aku memang rindu serba serbi. 

Rindu dengan bayangan arwah Nenek yang selalu tunggu anak cucu balik kampung.  Port favourite arwah..of course la kat tangga batu cat merah depan rumah or buai nyot nyet (bunyi buai tu nyonyetnyotnyet bila berayun depan belakang).

Rindu kat kandang kambing..lepas AyahMok meninggal, Mak Pilah convert kandang tu buat tempat makan2 and port lepak untuk semua orang especially time raya.  Tapi bila aku balik hari tu...kandang tu dah terbiar.  Kian reput agaknya..

Rindu kat pakcik, makcik and all the cousins..Tho Mama is just my stepmom, aku still rapat dengan Mama's side macam darah daging sendiri..No boundaries and mereka-mereka ni pun treat kami adik-beradik sejak 26 tahun lepas tersangatlah baik. So dengan ada gathering semacam ni, i got the chance to meet and hug them sebab tak tahu lagi lepas ni bila lagi kami dapat berjumpa.

Rindu pada suasana hijau kawasan kampung.  Rumah arwah nenek still can be considered as perkampungan tradisional. Paling meriah terutama sekali pada malam-malam raya bila masing-masing berlawan-lawan kabait..hahahahah..paling best!!

and rindu macam-macam lagi :(

Di hujung-hujung acara lepas kami semua bergambar;

"Along (aku le tu) bila nak settle down?"
"Dah gone with the wind la Bengah (cousin)"
"Oh..Nak replacement ke"
"Bengah tolong carik kan la..Along malas pikir"
"Nak macam mana? Meh forward Resume"
"Nak yang handsome tau tapi bukan macam Bengah"
"Habis tu?"

" Nak sama macam helikopter yang Bengah bawak tu!"

"Bongok!"

hahahhahahahahaha.....





                                   

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….
Kau yang Maha Pengampun…
Ampunilah segala dosa-dosa dan kesalahanku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami,
anak-anakku, adik-beradik kami, seluruh keluarga kami
sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia….

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azabMu,dari api nerakaMu, dari kemurkaanMu, dari maksiat dan keburukan serta godaan syaitan dan tipu daya syaitan.  Dekatkan kami dengan syurgaMu,dekatkan kami dengan kasih sayangMu dan dekatkan kami dengan ilmu agamaMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurgaMu
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dariMu
Tabahkan hati kami dalam menerima ujian dariMu
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh
Jadikanlah kami ibu bapa yang baik bagi membimbing anak-anak kami

Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim
Murahkanlah rezeki kami, Mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat…
Matikanlah kami dalam agama Islam
Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami

Ya Allah Ya Rahman
Limpahkan kasih sayang dan keberkatan di dalam keluargaku
Sayangilah aku, ampunilah aku, lindungilah aku
Hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan mengadu
Makbulkanlah doaku ini


xoxo

No comments:

Post a Comment