Thursday 14 March 2024

FIRST ROADTRIP - SEMATAN

5 JANUARI 2024
SEMATAN, SARAWAK

Kak, Jumaat depan jumpa Abang Yun jom?
*Abang Yun is my JKKN Supersenior Officer, local Sarawakian who is now serving for JKKN HQ..saje balik Sarawak nak habiskan cuti and tengok tanah dia di Sematan.  My ex teammate (masa di HQ dulu) and currently he's pursuing studies in PhD. DAMN..am shoooo proud of him!!!

Getus Fin sambil tengok kalendar bulan Disember 2023.  

Ko gila eh...Jumaat tu kan kerja!!

Aku tenung Fin just nak makesure dia waras ke tidak masa ajak aku tu.  Later Fin terang and cadang kat aku how's the plan gonna be.  

and without hesitation - YESZZAAAA FIN. I'M IN!!!

That day, Fin ambik cuti and aku ambik half day lepas aku settle semua kerja-kerja kat office.  Picking her up at her house kat Matang and terus bergerak ke Sematan. 

Well kalau aku google, kat Wikipedia stated macam ni;

Sematan (juga dikenali sebagai Simatan) adalah satu kawasan di Lundu yang terletak di Sarawak, Malaysia.Ia terletak kira-kira 67.5 kilometer di barat-utara-barat ibu negeri Kuching. Sematan adalah sebuah kawasan perkampungan Melayu nelayan yang menghadap ke Laut China Selatan dan merupakan pekan terhujung dalam negeri Sarawak.

Meanwhile the other website also has stated;

Sematan antara pekan kecil yang terletak di hujung ekor di Peta negeri Sarawak. Ia menjadi lokasi tumpuan kaki pancing dan juga nelayan sebagai salah satu aktiviti seharian. Antara  yang menarik di sini ialah, Jeti Sematan  lokasi unik di sarawak yang patut anda lawati. Dan Sematan juga menjadi tumpuan pelancong yang mengemari keindahan hidupan alam semula jadi, dan pemandangan yang sangat cantik. 

Boleh tahan jauh..it's about 108 km dari Kuching SEHALA,well, actually that was the ultimate reason why aku accept pelawaan Fin.  Aku rindu gila nak roadtrip sebenarnya..kalau kat Semenanjung nun memang aku dah ukur jalan merata-rata alam walaupun seorang diri..but this time, terpaksa menahan jiwa raga and kehendak yang membuak-buak sebab masih tak familiar lagi dengan route and bahagian2 kat Sarawak ni.  

Sampai Sematan, aku and Fin ngadap Abang Yun kat Roxy Sematan before dia kidnapped kitorang pergi ronda2 area tu..So, malas aku nak share cerita panjang2 sebab WE WERE HAVING SO MUCH FUN AND SERONOK TERAMAT!!!

biarla gambar berbicara :-)




              















Thank you Abang Yun and family, me and Fifin had a blast time!!
Seronok sangat lepak diorang..hilang rindu pada family sendiri nun kat Semenanjung!!


xoxo















No comments:

Post a Comment